Pasukan Sukarelawan Pemantauan Harga (SPH)
Program SPH adalah bertujuan untuk membantu memantau harga barangan dan perkhidmatan, penyelewengan urusniaga yang tidak beretika dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kepenggunaan. SPH dilantik oleh Kementerian yang terdiri daripada pelbagai lapisan mesyarakat yang melakukan pemantauan secara sukarela melalui konsep 'membeli belah sambil memantau'. Perlantikan ini dibuat secara pentadbiran dan tidak mempunyai undang-undang.
|