Hubungi Kami | Pertanyaan | Peta Laman
laman utama profil kami e-pengguna hal ehwal pengguna perdagangan dalam negeri tribunal Tuntutan pengguna penguatkuasaan pautan
 
 
Pengenalan dan Maklumat Am

Penubuhan Bahagian Penguatkuasaan

Bahagian Penguatkuasa ditubuhkan pada 17 April 1972 di bawah Kementerian Perdagangan dan Perindustrian dan kemudiannya dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna pada 27 Oktober 1990.

Apakah fungsi/objektif penubuhannya (Bahagian Penguatkuasaan)?

Menguatkuasakan Undang-undang dan Melindungi Pengguna

Objektif Operasi

Menguatkuasakan sembilan (9) undang-undang berkaitan perdagangan;
Melaksanakan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan;
Melaksanakan usaha penstabilan bekalan dan harga;
Pelesenan Barang Kawalan/alat-alat timbang dan sukat;
Penentusahan alat timbang dan sukat yang digunakan dalam perdagangan;
Membanteras cetak rompak;
Menguatkuasakan penggunaan Label Tulen ke atas CD/VCD/DVD;
Membanteras barang tiruan;
Mengawalselia aktiviti jualan langsung;
Mengawalselia transaksi melalui perjanjian sewa-beli;
Mengawalselia aktiviti jualan murah;
Membanteras pengiklanan palsu;
Mengawalselia penggunaan perbahasaan "Halal"; dan
Menyelesaikan aduan pengguna.

Misi

Membanteras segala bentuk penyelewengan, penindasan dan pencatutan yang mendatangkan kerugian kepada pengguna dan mewujudkan amalan perdagangan yang beretika bagi faedah pengguna serta peniaga