|
Objektif
Objektif BPDN adalah seperti berikut:-
- menggalakkan pembangunan perdagangan pengedaran;
- menggalakkan perkembangan dan pembangunan industri jualan langsung;
- menggalakkan perkembangan dan kemajuan industri petroleum di peringkat hiliran;
- memastikan kestabilan harga dan bekalan barang-barang yang dikawal di bawah Akta Kawalan Harga 1946 dan Akta Kawalan Bekalan 1961;
- menyelaraskan keperluan keselamatan dalam industri petroleum;
- memastikan Rukun Etika Perniagaan dipatuhi;
- menggalakkan perkembangan dan pembangunan industri cakera optik; dan
- menggalakkan perkembangan dan pembangunan penggunaan e-dagang.
Fungsi
Fungsi BPDN adalah seperti berikut:-
- memproses permohonan penyertaan asing dalam perdagangan pengedaran di Malaysia di bawah Garis Panduan Penyertaan Asing dalam perdagangan pengedaran (1 disember 2004);
- memproses permohonan lesen pda bagi memasar dan mengedar bahan-bahan petroleum di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan mengawal selia aktiviti petroleum di sektor hiliran;
- memproses permohonan lesen jualan langsung mengikut Akta Jualan Langsung 1993 dan mengawal selia aktiviti jualan langsung;
- memproses permohonan lesen pengilangan cakera optik mengikut Akta Cakera Optik 2000 dan mengawal selia aktiviti pengilangan cakera optik;
- mengawal selia harga barang-barang perlu;
- mengawal selia perniagaan berbentuk perkhidmatan yang tidak dikawalselia secara khusus oleh mana-mana agensi kerajaan seperti bengkel kenderaan, salun kecantikan dan dobi;
- mengawal selia dan mempromosikan kesedaran keselamatan berkaitan dengan industri petroleum di bawah Akta Petroleum (Langkah-langkah Keselamatan) 1984 dan peraturan-peraturan di bawahnya;
- urusetia kepada jawatankuasa menimbang dan meluluskan permohonan di bawah Akta Zon Ekonomi Eksklusif (Seksyen 21(1) dan 22 sahaja);
- memproses permohonan subsidi diesel untuk sektor perikanan dan pengangkutan darat;
- mengawal selia dan menggalakkan penggunaan e-dagang.
Piagam
Piagam pelanggan
Kami berikrar untuk memberi perkhidmatan berasaskan tatacara berikut:
- memproses dan membuat keputusan mengenai permohonan baru, kebenaran memasar dan mengedar barangan petroleum dalam tempoh empat (4) minggu (dengan syarat ianya disertakan dengan dokumen-dokumen yang lengkap);
- memproses dan membuat keputusan mengenai permohonan baru lesen jualan langsung (single level, mail order dan multi level) dalam tempoh empat (4) minggu (dengan syarat ianya disertakan dengan dokumen-dokumen yang lengkap);
- memproses dan membuat keputusan mengenai permohonan untuk kenaikan harga dan menambah bilangan barangan jualan langsung dalam tempoh dua (2) minggu (dengan syarat ianya disertakan dengan dokumen-dokumen yang lengkap);
- memproses dan membuat keputusan permohonan untuk menukar pelan pemasaran jualan langsung dalam tempoh empat (4) minggu (dengan syarat ianya disertakan dengan dokumen-dokumen yang lengkap);
- memproses dan membuat keputusan permohonan bagi membuka dan menukar lokasi perniagaan di bawah garis panduan penyertaan asing dalam perniagaan perdagangan pengedaran dalam tempoh empat (4) minggu (dengan syarat ianya disertakan dengan dokumen-dokumen yang lengkap);
- memproses permohonan kenaikan harga barang-barang kawalan dalam tempoh dua (2) bulan (dengan syarat ianya disertakan dengan dokumen-dokumen yang lengkap).
|