Hubungi Kami | Pertanyaan | Peta Laman
laman utama profil kami e-pengguna hal ehwal pengguna perdagangan dalam negeri tribunal Tuntutan pengguna penguatkuasaan pautan
  1. Garis Panduan Diesel
 
 
Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi

Pengenalan

Subsidi diesel mula diperkenalkan dalam pembentangan belanjawan 2002 pada 19 Oktober 2001. Subsidi diesel ini adalah diberi kepada sektor pengangkutan darat, sektor perikanan dan kerajaan. Mulai Januari 2005 kerajaan telah memutuskan untuk memberi subsidi diesel kepada sektor bot penumpang sungai di Sabah dan Sarawak.Semua permohonan selain daripada sektor kerajaan yang diterima akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel (JKSD) yang dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Perdagangan Dalam Negeri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna dan ahli-ahli terdiri daripada pegawai-pegawai dari Kementerian Kewangan, Kastam Diraja Malaysia, Kementerian Pertanian Malaysia, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan juga Bahagian Penguatkuasa KPDN & HEP. Permohonan subsidi diesel bagi sektor kerajaan dipertimbangkan oleh Kementerian Kewangan.

Borang permohonan :
KSD-1 - untuk sektor perikanan
KSD-2 - untuk sektor pengangkutan darat
KSD-3 - untuk sektor bot penumpang sungai di Sabah dan Sarawak

Pertanyaan lanjut berkaitan dengan permohonan subsidi diesel hendaklah dikemukakan kepada:-

Unit Akauntan
Bahagian Perdagangan Dalam Negeri
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
Aras 4, Lot 2g3, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya, Malaysia.
Hotline : 1800-886-800
Tel. : 603-8882 5500
Fax : 603-8882 5762