Hubungi Kami | Pertanyaan | Peta Laman
laman utama profil kami e-pengguna hal ehwal pengguna perdagangan dalam negeri tribunal Tuntutan pengguna penguatkuasaan pautan
  1. Kata-kata Aluan Y.A.B. Dato' Seri Dr Mohamad Khir Bin Toyo
  2. Kata-Kata Aluan Y.B. Dato' Dr. Lim Thuang Seng
 
 
Utusan Pengerusi
KATA-KATA ALUAN
Y.A.B DATO' SERI DR. MOHAMAD KHIR BIN TOYO
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR
 

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dalam mengharungi cabaran serta arus yang pesat dalam era globalisasi, pengguna menghadapi banyak cabaran dan fenomena. Dunia perniagaan hari ini telah menjadi semakin kompleks, teknologi yang semakin berkembang membawa banyak perubahan dalam sistem urusniaga dunia dan pihak pengguna di Malaysia tidak terkecuali daripadanya. Kemajuan-kemajuan ini, walaupun membawa banyak menfaat kepada masyarakat dunia, namun ianya juga telah melahirkan golongan yang tamak dan selalu mencari kesempatan terhadap mereka yang cuai. Penipuan dan penyelewengan menjadi semakin mudah dan pengguna yang tidak berhati-hati akan terpedaya dengan segala penindasan secara halus terhadap mereka.

Pengguna yang bijak adalah golongan yang arif tentang hak-hak dan tanggungjawabnya serta dapat mengaplikasikan aspek-aspek tersebut dalam kehidupan sehariannya. Justeru itu, setiap pengguna perlulah berusaha melengkapkan diri dengan maklumat-maklumat bekenaan isu-isu kepenggunaan semasa dengan secukupnya, Ini adalah kerana, pengguna yang bermaklumat dapat mengelakkan dirinya daripada mudah ditipu dan terpengaruh dengan pelbagai penyelewengan dan penipuan yang terdapat dalam pasaran kapitalisme masa kini. Pengguna juga akan bijak untuk menilai dan membuat keputusan yang dapat memberi manfaat kepada mereka.

Di negara ini, pengguna diberikan hak untuk bersuara oleh kerajaan apabila para pengguna mempunyai kebebasan untuk menubuhkan persatuan pengguna. Terdapat banyak perwakilan di persatuan-persatuan pengguna yang wujud disetiap negeri yang bergiat aktif dalam memberi kesedaran dan menjaga kepentingan pengguna diseluruh negara. Justeru itu, para pengguna adalah digalakkan untuk menyertai dan terlibat secara aktif dalam persatuan pengguna dan tidak hanya bertindak menemui persatuan pengguna apabila mereka menghadapi masalah. Jika pengguna mahukan masalah mereka didengari, mereka mestilah bertindak secara kolektif melalui persatuan-persatuan pengguna yang sah. Disinilah, pengguna dapat mengemukakan pandangan mereka dalam proses membuat keputusan yang memberi kesan terhadap kehidupan mereka disamping membolehkan kerajaan membentuk, melaksanakan dan menguatkuasakan dasar-dasar baru dan yang tersedia-ada agar kepentingan mereka sebagai pengguna akan sentiasa dijaga dan dilindungi.

Akhir kata, saya mengucapkan tahniah kepada Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Laman Web Rasmi Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor.