Bilakah Tribunal Tuntutan Pengguna (TTPM) ditubuhkan?
Tribunal Tuntutan Pengguna ditubuhkan pada 15 November 1999 bersamaan dengan tarikh penguatkuasaan Akta Perlindungan Pengguna 1999.
Apakah fungsi/objektif penubuhannya (TTPM)?
Tribunal Tuntutan Pengguna ditubuhkan dengan tujuan menyediakan satu saluran alternatif kepada pengguna untuk membuat tuntutan gantirugi yang dialami dalam berurusan dengan pembekal. Tribunal menyediakan perkhidmatan tersebut dengan cara lebih mudah, murah dan cepat jika dibandingkan dengan Mahkamah biasa.
Sungguhpun telah wujud 29 Undang-undang/Akta yang melindungi pengguna namun ia merupakan suatu perlindungan secara pentadbiran di mana pihak yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di mahkamah dan pengguna yang dianiaya tidak mendapat apa-apa ganti rugi daripadanya dan ganti rugi tersebut hanya boleh dituntut melalui proses mahkamah. Kita sedia maklum proses mahkamah memakan masa dan belanja yang tinggi apabila membabitkan peguam dan prosedurnya mungkin dianggap rumit oleh pengguna. Dengan itu, pengguna merasakan adalah tidak menguntungkan malah merugikan apabila membuat tuntutan di mahkamah. Apatah lagi sekiranya kerugian yang dialami itu melibatkan amaun yang kecil.
Dengan tertubuhnya Tribunal Tuntutan Pengguna, pengguna akan dapat memfailkan tuntutan gantirugi ke atas barangan atau perkhidmatan yang sempurna atau bermutu dibekalkan kepada peniaga.
Adakah apa-apa sekatan terhadap bidang kuasa Tribunal dalam memproses dan mendengar tuntutan dari Pengguna?
Tribunal Tuntutan Pengguna mempunyai bidang kuasa mendengar apa-apa tuntutan gantirugi di mana amaun tuntutan tersebut tidak lebih daripada RM25,000.00 kecuali tuntutan :
- yang berbangkit daripada kecederaan diri atau kematian;
- bagi mendapatkan kembali tanah, atau apa-apa estet atau kepentingan mengenai tanah;
- yang mempersoalkan berhubung hakmilik atau kepentingan mengenai tanah, estet atau francais; dan
- yang mengandungi pertikaian mengenai wasiat, nama baik, hak dalam tindakan dan rahsia perdagangan.
Bagaimana dengan sambutan pengguna terhadap Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) sejak had tuntutan dinaikkan kepada RM25,000.00?
Had bidang kuasa tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia telah dinaikkan dari RM10,000.00 ke tidak melebihi RM25,000... dan berkuatkusa mulai 1 September 2003.
Kenaikan had tuntutan ini dapat membantu ramai pengguna yang menghadapi masalah dengan pembelian barangan dan perkhidmatan.
Sambutan daripada pengguna mengenai kenaikan tuntutan ini sangat menggalakkan. Ini boleh dilihat dari segi jumlah tuntutan yang difailkan.
Hubungi TTPM Negeri Selangor (Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia Negeri Selangor) :
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (Cawangan Negeri Selangor)
Lot 3-13A, Tgkt 3, Kompleks PKNS,
40622 Shah Alam, Selangor D.E.
Tel : 55118271/55114929
Faks : 55116981
|